Cara Mudah dan Cepat Menghafal Al-Quran

al-quranSegala pujian bagi Allah, Rabb semesta alam, selawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW. Dalam tulisan ini akan kami kemukakan cara mudah untuk menghafal Al-Quran. Keistimewaan cara ini adalah kuatnya hafalan yang akan diperolehi seseorang disertai cepatnya waktu yang ditempuh untuk mengkhatamkan Al-Quran. Cara ini sangat mudah untuk di praktiskan dan insya-Allah akan sangat membantu bagi sesiapa sahaja yang ingin menghafalnya. Di sini akan kami bawakan contoh praktis dalam mempraktikkannya:

Misalnya jika anda ingin menghafal surah An-Nisa, maka anda boleh mengikuti teori berikut ini:

1-    Bacalah ayat pertama 20 kali:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَآءً وَاتَّقُوا اللهَ الَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا {1}

2-    Bacalah ayat kedua 20 kali:

وَءَاتُوا الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلاَتَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ وَلاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا كَبِيرًا {2}

3-    Bacalah ayat ketiga 20 kali:

وَإِنْ خِفْتُمْ أّلاَّتُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَآءِ مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّتَعُولُوا {3}

4-    Bacalah ayat keempat 20 kali:

وَءَاتُوا النِّسَآءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفَسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا {4}

5-    Kemudian membaca 4 ayat di atas dari awal hingga akhir menggabungkannya sebanyak 20 kali.

6-    Bacalah ayat kelima 20 kali:

وَلاَتُؤْتُوا السُّفَهَآءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {5}

7-    Bacalah ayat keenam 20 kali:

وَابْتَلُوا الْيَتَامَى حَتَّى إِذَابَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ ءَانَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ وَلاَتَأْكُلُوهَآ إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا وَمَن كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَن كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ فَإِذَا دَفَعْتُمْ إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ فَأَشْهَدُوا عَلَيْهِمْ وَكَفَى بِاللهِ حَسِيبًا {6}

8-    Bacalah ayat ketujuh 20 kali:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبُُ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبُُ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَاْلأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَّفْرُوضًا {7}

9-    Bacalah ayat  kelapan 20 kali:

وَإِذَا حَضَرَ الْقِسْمَةَ أُوْلُوا الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ فَارْزُقُوهُم مِّنْهُ وَقُولُوا لَهُمْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا {8}

10-           Kemudian membaca  ayat ke 5 hingga ayat ke 8 untuk menggabungkannya sebanyak 20 kali.

11-           Bacalah ayat  ke 1 hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

          Demikian seterusnya hingga selesai seluruh al Quran, dan jangan sampai menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan juz, agar tidak berat bagi anda untuk mengulang dan menjaganya.

- BAGAIMANA CARA MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, maka anda harus membaca hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali juga hal ini supaya hafalan tersebut kukuh dan kuat dalam ingatan anda, kemudian anda memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.

- BAGIMANA CARA MENGGABUNG ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sesekali anda menambah hafalan tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya, kerana jika anda menghafal Al-Quran terus-menerus tanpa mengulangnya terlebih dahulu hingga dapat menyelesaikan semua Al-Quran, kemudian anda ingin mengulangnya dari awal pastinya hal itu akan terasa begitu berat, kerana secara tidak disedari anda akan banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal dan seolah-olah menghafal dari mula, oleh kerana itu cara yang paling baik dalam meghafal Al-Quran adalah dengan mengumpulkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Anda boleh membahagi seluruh mushaf menjadi tiga bahagian, setiap 10 juz menjadi satu bahagian, jika anda dalam sehari menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda dapat menyelesaikan sepuluh juzuk, jika anda telah menyelesaikan sepuluh juzuk maka berhentilah selama satu bulan penuh untuk mengulang yang telah dihafal dengan cara setiap hari anda mengulang sebanyak lapan halaman.

Setelah satu bulan anda mengulang hafalan, anda mulai kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kepada kemampuan, dan mengulang setiap harinya 8 halaman sehingga anda bisa menyelesaikan 20 juzuk, jika anda telah menghafal 20 juzuk maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulang, setiap hari anda harus mengulang 8 halaman, jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah menghafal kembali setiap harinya satu atau dua halaman bergantung kepada kemampuan dan setiap harinya mengulang apa yang telah dihafal sebanyak 8 muka, hingga anda dapat menyelesaikan seluruh Al-Qur an.

          Jika anda telah menyelesaikan 30 juzuk, ulangilah 10 juzuk pertama secara tersendiri selama satu bulan setiap harinya setengah juzuk, kemudian pindahlah ke 10 juzuk berikutnya juga setiap harinya diulang setengah juzuk ditambah 8 halaman dari sepuluh juzuk pertama, kemudian pindahlah untuk mengulang sepuluh juzuk terakhir dengan cara yang hampir sama, iaitu setiap harinya mengulang setengah juzuk ditambah 8 halaman dari 10 juzuk pertama dan 8 halaman dari 10 juzuk kedua.

BAGAIMANA CARA MENGULANG AL-QURAN (30 JUZUK) SETELAH MENYELESAIKAN MURAJAAH DIATAS?

Mulailah mengulang Al-Qur an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juzuk, dengan mengulangnya 3 kali dalam sehari, dengan demikian maka anda akan bisa mengkhatamkan al-Quran  setiap dua minggu sekali.

Dengan cara ini maka dalam jangka satu tahun insya-Allah anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur an, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun.

- APA YANG DILAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL QUR AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulangnya dengan itqan (mantap) selama satu tahun,  jadikanlah Al-Qur an sebagai wirid harian anda hingga akhir hayat, kerana itulah yang dilakukan oleh Nabi SAW semasa hidupnya, beliau membahagi Al-Qur an menjadi tujuh bahagian dan setiap harinya beliau mengulang setiap bahagian tersebut, sehingga beliau mengkhatamkan Al-Quran setiap 7 hari sekali.

Aus bin Huzaifah rahimahullah; aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah SAW bagiamana cara mereka membhaagi Al-Quran untuk dijadikan wirid harian? Mereka menjawab: “kami kelompokkkan menjadi 3 surat, 5 surat, 7 surat, 9 surat, 11 surat,  dan wirid mufashal dari surat qaaf hingga khatam ( Al-Quran)”. (HR. Ahmad).

Jadi mereka membahagi wiridnya sebagai berikut:

-         Hari pertama: membaca surat “al fatihah” hingga akhir surat “an-nisa”,

-         Hari kedua: dari surat “al maidah” hingga akhir surat “at-taubah”,

-         Hari ketiga: dari surat “yunus” hingga akhir surat “an-nahl”,

-         Hari keempat: dari surat “al isra” hingga akhir surat “al furqan”,

-         Hari kelima: dari surat “asy syu’ara” hingga akhir surat “yaasin”,

-         Hari keenam: dari surat “ash-shafat” hingga akhir surat “al hujurat”,

-         Hari ketujuh: dari surat “qaaf” hingga akhir surat “an-naas”.

Para ulama menyingkat wirid nabi dengan al-Qur an menjadi kata: ” Fami bisyauqin ( فمي بشوق ) “, dari masing-masing huruf tersebut menjadi symbol dari surah yang dijadikan wirid Nabi pada setiap harinya maka:

-         huruf “fa” symbol dari surat “al fatihah”, sebagai awal wirid beliau hari pertama,

-         huruf “mim” symbol dari surat “al maidah”, sebagai awal wirid beliau hari kedua,

-         huruf “ya” symbol dari surat “yunus”, sebagai wirid beliau hari ketiga,

-         huruf “ba” symbol dari surat “bani israil (nama lain dari surat al isra)”, sebagai wirid beliau hari keempat,

-         huruf “syin” symbol dari surat “asy syu’ara“, sebagai awal wirid beliau hari kelima,

-         huruf “wau” symbol dari surat “wa shafaat“, sebagai awal wirid beliau hari keenam,

-         huruf “qaaf” symbol dari surat “qaaf”, sebagai awal wirid beliau hari ketujuh hingga akhir surat “an-nas”.

Adapun pembahagian hizib yang ada pada Al-Quran sekarang ini tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

- BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (MIRIP) DALAM AL-QUR AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara bacaan yang hampir sama (mutasyabih) adalah dengan  cara membuka mushaf lalu bandingkan antara kedua ayat tersebut dan amatilah perbezaan antara keduanya, kemudian buatlah tanda yang boleh untuk membezakan antara keduanya, dan ketika anda melakukan murajaah hafalan perhatikan perbezaan tersebut dan ulangilah secara terus-menerus sehingga anda dapat mengingatnya dengan baik dan hafalan anda menjadi kuat (mutqin).

KAEDAH DAN KETENTUAN MENGHAFAL:

1-    Anda harus menghafal melalui seorang guru atau syekh yang dapat membetulkan bacaan anda jika salah.

2-    Hafalkanlah setiap hari sebanyak 2 halaman, 1 halaman setelah Subuh dan 1 halaman setelah Asar atau Maghrib, dengan cara ini insya-Allah anda akan dapat menghafal Al-Qur an secara mutqin dalam waktu satu tahun, akan tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap hari maka anda akan sulit untuk menjaga dan memantapkannya, sehingga hafalan anda akan menjadi lemah dan banyak yang terlupa.

3-    Hafalkanlah mulai dari surah An-Nas hingga surat Al-Baqarah (membalik urutan Al-Qur an), kerana hal itu lebih mudah.

4-    Dalam menghafal hendaklah menggunakan satu mushaf tertentu baik dalam cetakan maupun bentuknya, hal itu agar lebih mudah untuk menguatkan hafalan dan agar lebih mudah mengingat setiap ayatnya serta permulaan dan akhir setiap halamannya.

5-     Setiap yang menghafalkan Al-Quran pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa “tajmi'” (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih kerana payahnya mengulang atau banyaknya kekeliruan dalam hafalan, ini merupakan masa cubaan bagi para penghafal Al-Qur an, dan ini adalah masa yang kritikal dan boleh menjadi pintu syaitan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan dari menghafal, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, kerana menghafal Al-Quran merupakan harta yang  sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orag yang diberikan kurnia oleh Allah SWT, akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk menjadi hamba-hamba-Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitab-Nya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sumber: IslamHouse.com
Tajuk Asal: cara Praktis Menghafal Al-Quran
Terjemahan: Yusri Dahaman (Admin)

 

Comments

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tinggalkan Mesej

CommentLuv badge

Switch to our mobile site