
upsell
Anda mungkin pernah mendengar atau terbaca di dalam internet perkataan “upsell” atau “up-sell”. Apakah maksud perkataan upsell ini? Sebenarnya upsell ialah satu istilah dalam bidang pemasaran yang merujuk kepada teknik yang digunakan oleh penjual dengan menawarkan produk yang lebih daripada apa yang diminta oleh pelanggan dengan tujuan untuk meningkatkan keuntungan.
Proses upsell ini boleh berlaku ketika pelanggan telah membuat keputusan untuk membeli dan bersedia menghulurkan wang untuk untuk membayar ataupun sebaik sahaja selepas pelanggan melakukan pembayaran. Secara umumnya bolehlah dikatakan proses upsell ini berlaku ketika pelanggan berada dalam “mood” membeli.
Sama ada kita sedari atau tidak proses upsell ini berlaku setiap hari dan di mana-mana sahaja sama ada di dalam dunia perniagaan online mahupun offline. Ia akan melibatkan 3 perkara iaitu barangan tambahan, bayaran tambahan dan juga keuntungan yang lebih kepada penjual. Proses upsell terbukti boleh meningkatkan jualan dan keuntungan kerana ia berlaku ketika pelanggan berada dalam mood untuk membeli dan ia seterusnya akan terdorong untuk menambah lagi belian.
Sebagai contoh yang mudah, ketika kita membuat pesanan di kaunter restoran makanan segera, apabila jurujual menawarkan kepada kita “side order” tanpa kita merancang untuk memesan side order tersebut, itu adalah merupakan proses upsell. Ia boleh berlaku dalam proses jual beli lain sama ada rumah, kereta, barangan elektrik dan sebagainya.
Di dalam dunia perniagaan online, teknik ini biasa digunakan oleh para pemasar internet di dalam dan luar negara untuk menawarkan barangan yang lebih sebaik sahaja sebelum atau selepas pelangan membuat bayaran. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan ialah yang mempunyai kaitan dengan produk itu sendiri dan biasanya ia akan memberi nilai tambah atau menjadi pelengkap kepada produk yang dijual tersebut.
Sekiranya anda menjalankan perniagaan melalui intenet, tidak kira sama ada menjual produk fizikal ataupun eproduk, anda boleh menggunakan teknik upsell ini dengan mudah dengan menggunakan perisian yang dinamakan Easy Upsell Pro. Anda boleh memuat turun dan mencuba perisian ini secara percuma di halaman Easy Upsell Pro. Selain daripada itu terdapat beberapa perisian lain yang anda boleh muat turun. Maklumat lanjut boleh didapati di halaman ini.
Artikel Yang Berkaitan:


Posted in 





