Buat Video Menggunakan Powerpoint dan Windows Movie Maker

Windows_Live_Movie_Maker_logo

Semalam adalah kali pertama saya menghasilkan video ataupun buat video untuk dimuat naik ke YouTube. Yang saya maksudkan bukan video yang dirakam menggunakan kamera tu… tetapi berupa video presentation atau video promosi untuk sebuah laman web saya. Nak buat video ni saya fikir-fikir bukanlah senang… tapi apa salahnya saya mencuba, jadi saya buat jugalah video pertama saya tersebut. Dalam projek try and error yang memakan masa satu hari saya telah menggunakan dua perisian iaitu Microsoft Powerpoint dan Windows Movie Maker.

Saya telah menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menghasilkan bahan dan menggunakan Windows Movie Maker untuk tujuan menyunting dan memasukkan muzik latar belakang. Saya bukanlah pakar di dalam kedua-dua perisian ini, jadi sebagai jalan selamat dan mudah bagi saya apa yang saya lakukan ialah menghasilkan presentation dalam Powerpoint (presentation pun saya tak pandai sebenarnya.. haha) dan savekan sebagai video. Kemudian saya buka video yang disimpan tadi menggunakan Windows Movie Maker.

Di dalam Windows Movie Maker saya telah memasukkan intro video, memendekkan masa paparan dan memasukkan muzik latar. Dalam pembikinan video ini saya mengambil masa yang agak lama untuk memilih templat yang sesuai untuk Powerpoint bagi projek saya ini.  Untuk memilih tempalate yang sesuai apa yang anda boleh lakukan ialah pergi ke menu “File” dalam Powerpoint dan klik pada “New” dan kemudian klik pada “Powerpoint Presentation and Slide” dan seterusnya anda pilihlah bidang yang anda kehendaki. Perisian akan membuat carian di Office.com dan memaparkan template yang boleh anda pilih untuk dimuat turun.

Setelah siap presentation anda dan anda berpuas hati, anda boleh simpankan hasil kerja anda tersebut sebagai video. Caranya klik pada menu “File” dan pilih “Save and Send” dan kemudian klik pada “Create a Video”.

Untuk memasukkan muzik latar di dalam perisian Windows Movie Maker saya telah membuat carian di laman web FreeplayMusic.com dan di sinipun mengambil masa yang lama juga untuk memilih muzik yang sesuai dan bertepatan dengan panjang masa video. Dalam projek saya ini saya telah memilih satu muzik yang saya rasa sesuai dan ok jugaklah namun apabila saya memuat naik video tersebut ke Youtube dan Facebook barulah saya perasan yang muzik tersebut pernah digunakan untuk satu berita tv ataupun ramalan cuaca suatu ketika dahulu. Nak buat macam mana… benda dah siap kann…layan jelahhh..

Sebelum saya mengakhiri artikel ini, saya baru teringat ada satu lagi perisian percuma yang saya gunakan untuk merakam video dari skrin komputer yang saya gunakan untuk merakam skrinshot laman web saya. Anda boleh muat turut perisian tersebut iaitu Webinaria di SourceForge.net.

Mungkin terdapat cara lain yang tebih baik untuk menghasilkan video presentation, namun cara yang saya terangkan di atas ialah cara buat video yang saya gunakan hasil dari pengetahuan saya yang tidak seberapa. Anda juga boleh buat video secara online di Youtube. Anda boleh ke Youtube.com dan pilih perisian dari pihak ketiga yang ingin anda gunakan. Di bawah ini ialah video tersebut yang telah saya buat. OK tak? Silalah tonton…

Comments

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 respon untuk “Buat Video Menggunakan Powerpoint dan Windows Movie Maker”

  1. Terbaik.my says:

    Entri yg sangat berguna tuan :)

  2. abg cik says:

    bagus info ni

Tinggalkan Mesej

CommentLuv badge

Switch to our mobile site