Cara Buat Blog

Cara Buat Blog

logo blogger dan wordpress

Anda tahu cara buat blog? Saya percaya ramai di antara kita yang berminat untuk mempunyai blog sendiri dan sedang mencari-cari cara buat blog yang paling mudah dan pantas. Oleh yang demikian saya di sini ingin membantu anda untuk menunjukkan cara buat blog yang senang dan percuma. Anda akan memiliki sebuah blog lebih kurang dalam masa 30 minit dari sekarang.

Blog berasal dari perkataan web log iaitu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat catatan (diari) secara atas talian (saya lebih suka perkataan dalam talian) atau online. Pada mulanya blog hanyalah berbentuk peribadi dan tidak digunakan secara komersial namun pada hari ini blog telah menjadi medium yang sangat penting dalam perniagaan, sosial dan juga politik.

Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat blog sama ada jenis hosted (banyak yang percuma dan ada yang berbayar) atau self-hosted (skrip percuma tetapi perlu sewa web hosting dan ada nama domain sendiri). Platform buat blog jenis hosted yang popular ialah seperti Blogger.com (Blogspot), TypePad, WordPress.com, LiveJournal, Tumblr, Weebly dan Blog.com. Platform buat blog jenis self-hosted yang popular pula ialah seperti WordPress.org, Lifetype, b2evolution, Serendipity, PixelPost (untuk photoblog) dan  Movable Type.

Di antara yang disebutkan di atas, platform yang paling popular sekali digunakan untuk buat blog ialah Blogger.com yang dimiliki oleh Google dan juga blog WordPress.org. Walau bagaimanapun di dalam artikel ini saya hanya ingin menunjukkan cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger.com (Blogspot) kerana ianya mudah untuk anda buat blog, mempunyai pelbagai template, ada pelbagai gadget dan siap disepadukan dengan program Google Adsense untuk anda menjana pendapatan dari blog anda.

Ok, untuk buat blog menggunakan Blogger.com, mula-mula anda perlu ke laman web mereka iaitu www.blogger.com. Sebaik sahaja masuk ke laman web tersebut anda akan bertemu paparan seperti di bawah.

create a blog

Sekiranya anda mempunyai akaun dengan Google anda boleh terus sign in ke dalam akaun anda. Sekiranya anda belum mempunyai akaun Google, sila klik butang “Get Start” seperti paparan di atas. Setelah anda klik “Get Start” anda akan bertemu dengan paparan seperti di bawah. Sila isikan semua butiran yang diminta dan klik butang “Continue”

creating a google account

Selepas anda klik “Continue”, anda belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang anda masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima¬† dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.

email verified

Seterusnya klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.

blogger dashboard

Seterusnya klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”

name your blog

Setelah itu anda kan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda berkenan dan seterusnya “Continue”.

choose a template

Selepas anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.

blog created

Selepas anda berjaya klik pada butang “Start Blogging” maka selesailah tugas saya untuk menunjukkan kepada anda cara buat blog dengan Blogger.com. Selepas itu anda bolehlah mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda. Mula-mula masukkan tajuk catatan anda dan kemudian isi kandungan blog. Apa yang anda ingin tulis terserahlah kepada anda. Selepas selesai menulis anda klik butang “Publish Post” di bahagian bawah untuk siarkan catatan ataupun post anda. Contohnya seperti di bawah.

make a post

Untuk menjadikan blog anda sebuah blog yang aktif buatlah catatan baru 2 atau 3 kali seminggu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Di samping itu rajin-rajinlah berkunjung ke blog rakan lain (blog walking) dan memberikan komen di blog mereka. Dengan cara ini anda dapat meningkatkan trafik (pengunjung) ke blog anda. Anda boleh menggunakan blog anda untuk tujuan sosial ataupun untuk blog perniagaan. Terserah kepada anda.

Satu lagi platform blog yang popular ialah self-hosted WordPress blog seperti yang anda lihat di blog saya sekarang ini. Untuk buat blog seperti ini anda memerlukan akaun web hosting yang disewa untuk hoskan laman web anda dan juga nama domain anda sendiri. Ia adalah lebih teknikal kerana anda perlu mempunyai pengetahuan asas tentang web hosting, domain name, ftp dan cpanel. pengetahuan ini boleh anda pelajari secara berperingkat-peringkat dan saya yakin anda juga boleh mempunyai blog dot com anda sendiri suatu ketika nanti. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara buat blog dengan WordPress (self-hosted) anda boleh dapatkan ebook di laman web saya.

“Get Start”

Comments

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

21 respon untuk “Cara Buat Blog”

  1. ira says:

    thanks,atas maklumat ini…

  2. Saya masi belum mahir dalam berblog..

  3. Nabila T says:

    Thanks atas info b’manfaat.

  4. amisya says:

    thanks ats mklumat yg brguna..

  5. iela says:

    Salam.tq kerana ajar buat blog.dah lama nak wat blog bisnes.skrg dah start jalankan.tq

  6. tq. selepas ni ramai yang pandai buat blog
    Catatan terbaru blog cariduitlebih Response Ringgit Review

  7. rainzee says:

    terima kasih byk2,sgt3 berguna.

  8. syaifull says:

    masih belum dapat buat blog yg superb mcm lu bro…

  9. annisa says:

    Sentiasa ada perkara baru utk dipelajari dlm berblogging supaya kita dpt meningkatkan quality blog dan brblogging dgn baik setanding dgn blogger luar.

    Terimakasih admin.
    Catatan terbaru blog annisa Aku menulis, bukan kerana nama: Abang Ensem di Mata Aku

  10. asmira says:

    As Salam…
    Anyong,
    Kamsahammida!
    As Salam

  11. cahaya mutiara says:

    thanks

  12. info yg amat berguna sekali..terima kasih
    Catatan terbaru blog Rabiatuladawiah Dari 0 kepada RM93,850

  13. Web-Release says:

    Great Site I Love This Site,Beautiful Template’s Great Tutorial’s Great Design’s And All Feature’s :-)
    Free Blog
    Catatan terbaru blog Web-Release NEW HOTEL BOOKING THEME RELEASE

  14. nor azmi says:

    terima kasih…jadi gak akhirnya

  15. suhaipin Surin says:

    Terima kasih panduan membuat blog.. sangat bermanfaat.

  16. ali kadir says:

    sayaa nk buat blog utk prniagaan gambir sarawak

  17. Mohd Redzuan says:

    Tutorial yang Penuh Manfaat. Tahniah !

    Semoga banyak lagi usahawan Blogger muncul seiring dengan kemajuan IT sekarang ini..

    Dari “biasa-biasa” jadi “Luar Biasa Hebat”

    Wassalam

  18. Annie says:

    sgt berguna..thx a lot…

  19. aida says:

    thanks.maklumat yg berguna

  20. hadfina says:

    best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrr thanks

  21. Lim says:

    Nak tahu ke apa blog saya tak muncul di google search?

Tinggalkan Mesej

CommentLuv badge

Switch to our mobile site