
kod html
Laman web adalah dokumen yang mempunyai kod-kod sumber HTML. Ia mudah dihasilkan jika anda memahami fungsi setiap tag yang digunakan. Ini adalah <tag>. Ini adalah </tag penutup>.
Sebuah laman web ringkas biasanya mempunyai tag <html> </html>, <head> </head>, <title> </title>, <body></body>, <table> </table>, <tr> </tr>, <td> </td>, <p> </p>.
Penjelasan:
<html> berfungsi memberitahu pelayar ini adalah laman web
<head> adalah ‘kepala’ laman web dan di sini kita meletakkan tag <title></title> ataupun tajuk laman web kita.
<body> ialah tempat kita meletakan kandungan laman web kita. Apa yang ditulis di sini akan dapat dibaca oleh pengunjung laman web.
<table> tag table diletakkan di dalam tag body supaya kita boleh menyusun atur kandungan laman web kita supaya berada di tempatnya dan tidak lari kedudukannya. Ia adalah seperti kita menyediakan table dalam ms words.
<tr> adalah table row iaitu barisan di dalam table
<td> ialah table data iaitu ‘kolum’ di dalam table
<p> ialah paragraf tempat kita menulis isi kandungan laman web seperi juga paragraf dalam ms words.
Dengan hanya menggunakan kod-kod sumber di atas, anda boleh membina laman web pertama anda!
Caranya buka perisian Notepad yang dibekalkan dalam komputer anda dan taipkan kod-kod seperti berikut:
<html>
<head>
<title>Laman Web Saya</title>
<head/>
<body>
<table>
<tr>
<td>
<p>Selamat Datang</p> <p>Ini adalah laman web pertama saya. Dengan kemahuan ingin belajar saya berjaya menghasilkan laman web ini. Ia tidaklah sesusah seperti yang disangkakan. </p>
</td>
</tr>
</table>
</body>
</html>
Selepas selesai menaipkan perkara di atas dalam Notepad, sila savekan hasil kerja anda. Selepas itu sila ke web browser anda sama ada internet explorer, firefox atau lain-lain, pergi kepada menu “File” dan klik pilihan “Open” dan kemudian browse dokumen yang telah anda savekan tadi untuk buka dalam pelayar atau browser internet anda. Setelah jumpa, buka dokumen tersebut dan anda akan dapat melihat laman web anda.
Macam mana… senangkan nak buat laman web?
Untuk panduan yang lengkap kod html dan laman web boleh layari http://www.w3schools.com. Saya dulupun belajar kat situ.
Tiada Artikel Yang Berkaitan.


Posted in 






Terima kasih atas perkongsian menarik ni!