Tubidy – Download Lagu Free MP3, MP4 dan 3GP

tubidy

Tubidy adalah laman web yang semakin menjadi pilihan para pengguna peranti mudah alih (mobile gadgets) untuk memuat turun (download) lagu percuma (free) terus ke peranti mudah alih masing-masing. Saya sengaja menggunakan bahasa rojak dalam pos kali ini kerana ia digunakan secara meluas di internet untuk membuat carian tubidy dan download lagu free MP3, MP4 dan 3GP.

Pengguna akan cuba mendapatkan muzik percuma selagi yang boleh, tidak kira bagaimana caranya. Justeru laman web Tubidy terus mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna peranti mudah alih. Dengan Tubidy anda boleh memuat turun fail dalam format MP3, MP4 Video dan 3gp Video.

Dengan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Tubidy, proses memuat turun atau download free music atau download free video adalah amat mudah. Ini kerana saiz fail untuk download adalah kecil dan amat sesuai untuk peranti mudah alih, tidak seperti di Youtube yang bersaiz lebih besar. Anda juga tidak memerlukan perisian video downloader dan file converter untuk memuat turun dari Tubidy.

Saya telah mencuba kemudahan di Tubidy ini untuk memuat turun fail mp3 ke dalam peranti mudah alih saya, Blackberry Curve 9300 yang dah agak lama tu… dan mendapati prosesnya berjalan lancar.

Cara Download MP3, MP4, 3GP Video Menggunakan Tubidy

Dari pelayar (browser) peranti mudah alih anda, sila taip alamat laman web Tubidy iaitu www.tubidy.mobi. Selepas itu anda akan dapat melihat muka hadapan halaman Tubidy seperti di bawah. Taiplah kata carian sama ada nama penyanyi atau nama lagu yang anda kehendaki.

tubidy1

Kemudian, Tubidy akan memaparkan hasil carian anda.

tubidy2

Pilihlah video mana atau lagu mana satu yang anda ingin download. Klik pada fail yang diingini.

tubidy3

Kemudian, klik “Save” pada Download File.

tubidy4

Tunggulah sehingga proses download selesai.

tubidy5

Apabila proses download dah selesai, klik “Open” untuk buka fail yang telah didownload.

tubidy6

Apa lagi? Dengarlah lagu atau lihatlah video yang telah anda download. (Itu pun mau cerita kaa??) :)

tubidy7

Seperti yang anda telah lihat Tubidy ialah laman enjin carian video mudah alih (Mobile Video Search Engine) dan bukannya laman file hosting seperti 4Shared. Jadi, kesimpulannya apa sahaja video yang didapati di Youtube, sebahagian besarnya boleh anda dapati di Tubidy.

Comments

komen

You can leave a response, or trackback from your own site.

Satu respon untuk “Tubidy – Download Lagu Free MP3, MP4 dan 3GP”

  1. faisal says:

    untuk mendonwlod lagu

Tinggalkan Mesej

CommentLuv badge

Switch to our mobile site