Free Photo Organizer (Percuma)

Hari ini saya nak berikan satu software atau perisian percuma kepada pelawat Yusri.biz. Perisian tersebut ialah Free Photo Organiser yang boleh anda gunakan untuk menyusun atur semula gambar-gambar yang terdapat di sana-sini di dalam komputer anda.

Perisian ini memberikan cara yang pantas dan mudah untuk anda organize  gambar-gambar anda mengikut kategori yang anda ingini. Ia membolehkan anda menambah penerangan untuk setiap gambar dan menyusun ke dalam sub-folder tertentu untuk subjek yang berlainan.

Anda boleh membina sub-folder yang berasingan untuk subjek “percutian”, “gambar keluarga” dan sebagainya pada masa yang sama dan memasukkan ke dalam sub-folder yang betul.

Ia dapat memudahkan kerja anda dan menjimatkan masa kerana kita biasanya akan copy & paste, send dan drag, di samping buka folder itu dan kemudian buka folder ini jika kita cuba organize gambar-gambar kita secara manual.

Memang anda boleh mencari free photo organizer lain di laman web, tetapi kita tidak pasti sama ada ianya selamat kerana biasanya perisian percuma mengandungi adware dan spyware yang bertindak mengintip maklumat di dalam komputer kita.

Perisian photo organizer saya dijamin selamat dan tiada adware serta spyware . Cuma ada link dan iklan ke laman web saya di muka hadapan dan saya jamin ianya tidak membahayakan kesihatan pc anda :-) .

Kepada yang memerlukannya bolehlah mendapatkan di laman web ini

Artikel Yang Berkaitan:

  1. Berhubung Secara Percuma Dengan Skype
You can leave a response, or trackback from your own site.

Tinggalkan Mesej

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: penny auctions | Thanks to credit repair, seo services and st louis seo

Switch to our mobile site