
gambar hiasan sahaja
Saya bukanlah berhasrat menjadikan blog saya ini laman berita UFO. Namun secara kebetulan semasa menghidupkan komputer petang tadi, Yahoo! headline memaparkan ulasan mengenai kemunculan UFO di lapangan terbang Xiaoshan di China yang memaksa pihak berkuasa lapangan terbang tersebut menangguhkan operasi penerbangan.
Sumber berita dari Beijing melaporkan dalam kejadian pada jam 8:40 malam tersebut krew sebuah pesawat yang hendak mendarat melaporkan kepada menara kawalan bahawa telah mengesan objek yang mengeluarkan cahaya terang di udara.
Beberapa minit kemudian, pihak berkuasa penerbangan telah memberikan respon dengan mengarahkan pesawat yang hendak mendarat ke lapangan terbang berhampiran di Ningbo dan Wuxi serta menangguhkan penerbangan pesawat yang hendak berlepas. Kejadian tersebut menyebabkan gangguan penerbangan kepada sebanyak 18 buah pesawat. Walau bagaimanapun operasi penerbangan disambung semula sejam kemudian.
Apa yang pasti UFO di China ini adalah berlainan dengan UFO yang dilaporkan di Sabah. Ia seperti lampu limpah besar yang terapung, menyuluh dengan terang dari ruang udara. Perkara ini telah menarik perhatian media China namun kerajaan China belum memberikan respon dalam perkara ini dan mungkin mereka mempunyai jawapannya.
Sumber berita sebahagian dipetik dari ABC
Untuk headline berita antarabangsa bergambar sila layari laman web saya Truinfo.net
Artikel Yang Berkaitan:


Posted in 





